Saturday, 29 December 2012

Holiday @ Cameron Highland

Asalamualaikum para Bloggers sekalian,

Agak lama jua x post dlm blog, hari ini, 30.12.2012, xlama lagi Tahun 2013 akan menjelma. apa AZAM anda semua? , Pastinya semua ada azam masing-masing, apa pun all the best. Ku doakan yg terbaeek untuk anda semua.

Untuk akhir tahun ini, ku dan isteri membuat planning last minit utk p Cameron Highland, Asalnya kami cadang nak pergi ke Terengganu, namun atas kes banjir kami terpaksa batal.

28.12.12, Kami bertolak dari Kulim mengikut jalan serdang, selama, bandar baharu, destinasi melalui highway ialah di Tol Simpang Pulai, Perak.

Setelah selamat melalui tol. ( Makan masa 2jam30 min ) ikut keadaan traffic, kami tiba di Petronas sebelum bergerak , kami isi minyak penuh. RM70++ Persona.


Pergerakan kami lancar alhamdulilah.



 Tapi, agak bimbang semua kebanyakan kereta laju, lebih2 lagi ada LOri yg Slow gileeee...
Sabar je laaaaaa


Setelah melalui jalan yg ( entah laaa, jalan kat bhgn atas ini buat ku terkenang jalan di kpg ku di sarawak )
Kami mengambil masa 2 jam untuk tiba di destinasi di Tanah Rata, cameron highland, itupun kena lalu Jem perjalanan terutama di bhgn Equatorial Hotel sbb ada pasar mlm @ ptg.


Ini lah hotel kami yg di usaha oleh auntie & uncle ( siap ada kedai runcit , bijak @ Ecomony wise )
Camelia Budget Inn, alhamdulilah, waktu book dulu, tinggal satu bilik je utk RM 90. Jadi la sebab, kami mai pun sbb nak jalan bukan nak duduk dlm hotel he.



 Setelah selesai kemas brg , kmi pergi ke Balai polis di bhgn Brinchang, 5km dr tanah rata, waktu tu holiday , maka biasa la kereta memei banyak.....

Berikut keadaan di pasar mlm di brinchang, ( hujan turun, tp sat je ) itupun dah cukup sejuk.... sampai lutut pun boleh gegar .....




 Mcm-mcm ada, lebih lagi sayaur yg fresh, semua on SALE kononnya , today last day ( gimik )
Jalan punya jalan ada makcik offer Strawberri & coklat, anehnya ku beli coklat tanpa strawberri, mungkin kurang minat kot he he he , apa pun sedap.




Setelah selesai pergi pasar mlm, kami bertolak balik ke Tanah rata dan to our suprise, kami jumpa rakan2 yg sangat xsangka. Photographer utk organisasi kami, rupanya dia holiday bersama member utk photoshoot. 

Mlm tok kami berjalan kaki pergi makan nasi dan jumpa pula peniaga borong jual minyak wangiaan, brand mahal tp nama pelik bin ajaib he he . Beli la untuk kenangan di samping kami beli magnet peti ais, ( umpama kami buat tradisi mana-mana tmpt kami pergi , kami beli magnet untuk kenangan dan petanda bahawa kami dah p ke tmpt tu )




 
 29.12.2012

Esoknya kami di pg awal bertolak ke pasar tani yg terletak di equatorial hotel, pg agak kurang orang. 
Sebelum beli brg, kami breakfast dulu, seriusnya.. kmi tpaksa minum air panas sbb sejuk gilerrrrr... Baju 3 lapis pun x peluh. kami breakfast nasi lemak... Sempoi....

Selesai makan, kita shop untuk brg rumah :) 


Sempat Posing he he he 
 Pelbagai aneka barangan untuk pilihan
 Pandangan di depan pasar


Pandangan di belakan pasar . Cantik & indah ciptaan Allah SWT 



Setelah selesai, kami bertolak ke Taman Agro Mardi , wife ku cakap, kat tmpt ni pelbagai bunga dan sayuran, ternyata mmg benar, banyak gambar saya ambil, dan melalui gambar anda mungkin tahu perasaan saya waktu itu, terpegun dan tersentuh. 





Gambar sendiri juga adalah wajib he he he 



Manakala isteriku pula minat pada orchid , jadi dia sibuk laaa cari orchid, di samping last perjalanan kami sempat jua bergambar di land mark nya, tengah kawasan tuuuuu sebelum balik ke Inn . 




Setelah selesai check out, kami bertolak balik, ttp sebelum balik , kami pergi ladang teh. 
Wajib bg siapa-siapa yg jejak kaki di Cameron Highland, ( sambil buat blog ni pun Minum Teh Boh he he he  ) 


Minum air di cafenya juga kami xlepas, sambil makan biskut , setelah siap semuanya kami bertolak balik. 

Alhamdulilah, segala Puji bg Allah krn perjalanan kami selamat, skrg , kami dh selamat tiba di Kulim . 

Insyallah jika ada peluang lagi kami bergerak ke Cameron lagi mungkin bertiga he he , insyallah jika ada rezeki dr Allah. 

Apapun, jika ada sesiapa yg ingin jejak ke Cameron , kalau boleh datang pada waktu  kerja, waktu holiday , memang jem dan agak payah untuk cari parking kereta. 
Dan bekal baju sejuk sbb mmg sejuk , nak ambil air wuduk pun bergetar tangan he he . 


Baiklah itu saje buat masa ini, insyallah jika ada masa saya akan post lagi, Selamat maju jaya dan Assalamualaikum buat semua.

Friday, 21 December 2012

~Dave Deli~

Ini merupakan antara tempat fav ku n biniku untuk lepak dan makan.

Lokasinya di Quernsbay Mall,  Pulai Pinang.

Sila cuba, ianya memang berbaloi.

:-)

Flower Fest @ Kulim

Asalamualaikum rakan sekalian, hari ini isteriku minta p Flower fest di Medan Usahawan. Al maklum peminat Orkid.

Banyak pilihan yg kami jmpa dan semuanya Rm10 ke atas..... Mei Mahal.

Perniagaan ini di Monopoli Kump Cina. Minat mereka memei mendalam dan teknik utk mbiak bunga orkid ini.
Kami jumpa orkid harimau jadi kegilaan ramai. RM1K Mahal....tapi Sungguh Cantik.

Berikut antara gambar ku mampu rakam.

Tq.

Wednesday, 19 December 2012

The Hobbit Pengembaraan yang Berbaloi

Asalam rakan sekalian, Selamat pagi. Jam skrg 1.03am.... Baru je balik dr tgk cerita ni. Amat berbaloi lgpun tiket murah Rabu Rm6.00 fi TGV Perai.

Jika ada rakan lain yg masih belum tgk dan ikuti cerita yg Peter Jackson buat Lord Of The Ring, saya syorkan anda pergi.

Cerita ini kiranya permulaaan kpd Cerita LOTD series....

Ok guys n gurls.... Selamat Mlm.

Till next time.

Asalamualaikum.

Tuesday, 18 December 2012

T.E.A.M.....

Together
Everyone
Achieve
More

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semuanya,

Hari ini, saya tersentuh untuk bawa topik Team + Work



Dlm sesebuah organisasi, tidak kira kecil @ besar , Teamwork amat penting krn melalui teamwork kita mampu memberi khidmat yg lebih baik dan menerima habuan bersama.

Namun , sedihnya  situasi skrg ni, jauh indah khabar dari rupa.....


Kebanyakan Pekerja cuma fikir berkenaan diri , bukannya satu pasukan.

Situasi ini baru berlaku tadi , di mana insiden tidak puas hati telah membuat pasukan kami hampir  @ memang sudah retak sekian laammaaaa.... sebelum ketibaan saya di sini....

Justera demikian, bagi rakan-rakan lain, saya galakkan anda berkerjalah secara jujur dan usahlah fikir berkenaan keselesaan diri sahaja, krn rakan anda yg lain juga memerlukan sokongan anda.

Kerja lah sebagai 1 Unit Team yg berkesan. Bak kata :


" Bersama Berkat ,  Bercerai Roboh "




All the Best untuk semua pasukan di luar sana walau apa jua tugasan dan organisasi anda.



Asalamualaikum & Salam sejahtera.

Monday, 17 December 2012

Alor Setar

Hampir 2 tahun ku menetap di Kedah, hari inilah ku dapat peluang utk jelajah Ibu Negeri Kedah iaitu Alor Setar.
Walaupun xsemua tmpt tp dah cukup bg ku n famili. Alhamdulilah.
Insyallah akan temu lagi.

Sunday, 16 December 2012

Khidmat Negara 2006 ~ Pengalamanku sendiri....~

~ http://www.khidmatnegara.gov.my/ ~

Berikut merupakan web address utk portal PLKN.


2006
Januari
Kumpulan 1 Siri 3
Kem Kuala Kubu Bharu , Selangor.


Inilah tarikh dan antara peristiwa yg ku akan ingat sampai bila2 insyallah.
Tahun ku melapor diri pada PLKN di semenanjung.

6 tahun telah berlalu..........

Maaf, kualiti gambar kurang elok.

terdapat pelbagai pengalaman ku lalui.


Januari 2006
Pendaftaran, kami kump dari Sarawak tiba lewat pukul 1am.
Keadaan agak kucar kacir.
Kami semua tidur x ikut kumpulan.

Hari berikutnya, bangun dan solat subuh, tu pun semuanya mengantuk, al maklum.... kena bangun awal ha ha , sampaikan ada yg tidur sewaktu solat subuh hehe .

Pendaftaran kami lewat, pengambilan baju celoreng(askar) baju belajar, baju sukan 2 pasang.
but, beret,kasut, dan lain2.
Keadaan kusut dgn rakan lain yg masih beratur.

Kump lain semua telah siap utk latihan kami masih lagi nak berkemas.

Setelah selesai barangan berkemas, kami pg kantin, makanan di sediakan 6 kali sehari..... 6???Banyak.. tp akhirnya saya faham kenapa.... Latihan yg memang keras ha ha ha .... confirm kurus...



Setelah selesai, kami di bahagi kepada kump masing2.
ALPHA , BRAVO, CHARLIE & DELTA


Saya kena Delta dengan rakan saya dr Miri Andrian ak Fabian

Kami share bunk ( Rumah berek ) sama dengan rakan2 lain yg pelbagai kaum. Memang kekok pada mulanya kerana tidak kenal.. ttp alhamdulilah akhirnya kami semua berpakat dan berek kami antara berek yg paling sporting.

Berek I.

Maaf gambar Berek nanti saya akan uploadkan.


Banyak aktiviti kami lalui dan terlampau banyak yg saya ingin sharekan, maaf krn xsemuanya saya mampu tulis dlm blog ini.

Aktiviti seterusnya adalah Kelas.

Kelas dulu x semestinya sebagaimana kelas yg dilaksanakan sekarang, zaman skrg 2012, semuanya berubah,  kelas dan pelajar lbh mendalam tmasuk pendikan sex , kesan dan lain2 lagi.

Kelas kami sekitar 2006 dulu cumalah sesi kenalan, team work, bantuan komuniti masyarakat, kiranya untuk membuat kita lebih selesa pd org sekeliling, jujur cakap jika saya xmasuk PLKN , kemungkinan besar, saya masih jd org pemalu.ha ha ha ......

beikut adalah kelas kami ( maaf atas kualiti gambar, dulu cuma ambik guna kodak je )

 Saya xda dlm gambar ini krn ambil gambar ....

Rakan-rakan sekalian, saya doakan anda semua dalam keadaan sihat sejahtera walau di mana jua berada, sama juga dengan cikgu Ya he he .. full name lupa. Maaf....


 Ok seterusnya.....

Dari kelas, kami pg ke latihan yg kurang digemari org ramai iaitu, Latihan Ketenteraan, jujur ckp KJ (Ketua Jurulatih) sendiri ckp lat ini cuma 30% dr yg sebenar, tp dah cukup payah buat semua terutama yg xxl size... maaf ya, saya pun sama jua ha ha ha


 Antara aktiviti latihan ialah : Flying fox, Rope Grappling , Medan obstacle, larian joging, kawad kaki ala tentera dan mcm2 lagi, aktivit tembak waktu tu kump kami masih dlm perbincangan di kementerian pertahanan.

Aktivit berkawad,

Alhamduliah, dengan bangganya saya terpilih antara yg mewakili kawad untuk mewakili Team Delta , sememangnya waktu tu semangat saya berkobar utk membukti saya juga mampu buat.

Formasi kami ada pelbagai, saya juga lupa, maaf namun formasi kami antara yg terbaek pernah mana2 kump tgk.

Formasi diamond
Formasi Zig zag
Formasi Straight Arrow + Tabik Hormat
Formasi TTS Circle (Tempur Tanpa Senjata )

Semamang waktu tu, latihan intensif dijalan, malam subuh,tghari.... semuanya untuk sempurnakan gerakan kami, tp tidak semuanya sempurna. Tp kami tetap teruskan latihan.

Inilah gambar sebelum pertandingan ini di mulakan.

Hari bersejarah buat semua kump dan ahli2 yg terpilih adalah antara yg terbaeeekkk


dan keputusannya.....

Kami dapat No 2 kawad manakala pihak perempuan dapat no 1 Tahniah buat semuanya.

Alpha no 1 kawad.



OK, tadi berkenaan kawad, seterusnya kembara halangan, obstacle.
Saya juga volunteer utk masuk dan cabar diri.

Memang seronok. ttp mencabar sbb perlukan fizikal yg kuat.

Akhirnya kami dapat no 3 krn kebanyakan kump kami besar2 he he he ........

No 1 Kump Charlie sbb mereka laju dan kecil2.




Selain itu kami ada aktiviti kayuhan di tasik namu semua kena batal disebabkan bot penyelamat xberfungsi ha ha ha.... memang seronok, dlm aktiviti air, saya terpilih utk kayak brsama dengan seorang lagi kawan , kami gelar boy sama dlm berek saya juga. Boy ini pernah kena tangkap krn Merokok, tp muka dia cool je, malah kena denda pun dgn selamba masuk longkak bila jurulatih arah kan he he , sempat senyum pd semua.......

Aktivit yg lain yg dapat saya rakam ialah aktiviti di hutan, khemah.

Sebenarnya , kami spatutnya stay 1 mlm di hutan ini namun semua tpaksa di batal, atas sbb yg saya sendiri xpasti, tp yg pasti kami duduk di hutan berkenaan selama 12 jam saje. dari 8am - 5pm

Kami dirikan khemah, tandas buatan sendiri , panggang ubi, masak mee he he , dan aktiviti masak bersama .

Rujuk gambar ni, sewaktu buat khemah semuanya berpeluh ha ha .. Penat2 termasuk diri sendiri, tp pengalaman yg selamanya akan di kenang, terima kasih cikgu dan rakan sekalian.








Masing-masing ada cara tersendiri ha ha ha ha ha.... lucu bila kenang balik... Gmbar terakhir ini saya baring di sebelah cikgu fuad, terbaeeekkk punya cikgu, sporting ha ha ha , yg tidur di sebelah tuuu Wan ha ha ha


Gambar di atas pula kiranya aktiviti Tayang Bodybuilder kononnya ha ha ha ha...... Mcm-mcm ada he he

Yg bagi tanda thumb up di atas sekali ialah En Saiful @ En Pool he he he  .... Terbaeeekkk Tuan Imam kita semoga u all sihat bro.



Gambar kenangan bila berkemas kem , siap ada buluh lagi ha ha ha. utk protection konon he he he ..


Jujurnya antara kenangan yg paling ku xdapat lupa ialah sambutan hari jadi ku.


10 Feb 2006

Waktu tu, kump kami ada warisan iaitu bday setiap member kami di sambut bila tiba masanya... Sepnjng pg ku tunggu xda pa2..

tp selepas Isyak malam ku, ku dikejut oleh member2 lain dengan melatak kek sponge kecil dgn batang lilin dan rakan2 lain jua turun untk rai dr semua berek, kiranya memng terkejut Beruk di buat, namun pd waktu tu juga ku betul2 tersentuh, terima kasih rakan sekalian, jasa anda akan saya kenang sampai bila2 wpun kebanyakan kita x berjumpa lagi. Amin. ( Bila kenang semua ini, kadang kala ku akan termenung jauh dan megharap utk kembali ke masa itu ) Namun itu semua mimpi, life must go forward....




Berikutnya adalah sesuatu yg amat ku hargai berlaku dlm hidup ku.
Perjumpaanku dengan mak angkat ku....





Rujuk gambar ini, ku betul2 hitam laaa ha ha ha , al maklum, aktif aktiviti lasak he he .

Berikutnya adalah Mak angkatku  dlm acc fb nya nama Pn Hunny Zul.

2 adik angkat ku, seorang dr Sarawak sama ku Siti Fairuz dan seorang lagi dr Sabah, nama lupa, maaf .


Walaupun kami x melanjong ke mana tp sekurang kurangnya kehadiran mereka ini membuat ku tenang dan teringat pada kpg halaman ku, alhamdulilah.

Terima kasih ibu angkatku,

sampai sekarang ku masih berhubung dgn dia dan keluarganya , syukur.


Ku doaka kesejahteraan anda semua adik2 ku dan ibu angkat serta keluarga ku. Amin .





Aktiviti terakhir yg sempat ku rakam adalah persembahan kump kelas yg terakhir sebelum 2 hari habisnya plkn kem KKB 2006 kami.

Kelas kami mengadakan tarian iban di mana john menjadi tuai nya, saya penasihat yg mampu beri apa yg patut he he ...

Tarian kami adalah yg terakhir dan ianya mendapat sambuta yg teramat sangat. First class, walhal semasa raptai kami cuma main2 je.

Alhamdulilah.


Di samping itu, KJ juga ada mengumumkan Overall, kump terbaeeekkk, dan buat pertama kali dlm sejarah, kami Kump DELTA menang di kkb di mana sebelum ini cuma ALPHA yg jadi juara , kami berjaya memecah rekod ini, dan ianya suatu keputusan yg amat menakjubkan.

Alhamdulilah syukur ke hadrat illahi, 3 bulan pengalaman ku di sini penuh dgn dugaan dan cubaan baik maupun buruk.



Gambar pertama ku dgn rakan ku ( Kazak) bergambar dgn cikgu ya dan seorang lagi... maaf lupa nama...
Gambar kedua, gabungan dua kump Carlie + Delta = Chelta.

Banyaknya rakan dan kenangan dah ku lalui.

Sepertimana telah ku sebut, xsemuanya mampu ku catat sebab terlalu bayk kenangan wlpun 3 bulan,

Aktiviti lain , lawatan ke Putrajaya, Sembhyang qiamulai waktu malam, Ceramah agama, kem tentera, Khidmat komuniti di rumah org oku @ org tua, lawatan sambil belajar di kilang, permainan foot ball antara cikgu dan pelatih , ku di bhgn RB , pernah tackle KJ he he he , maaf. Terlalu banyak kenangan..... Inilah yg di katakan PLKN, pengalaman yg mendisplinkan diri dan peka terhadap rakan sekeliling di samping menghargai org sekeliling dan ibu bapa kita.

Terlalu banyak ingin ku kongsi namun ini saje yg ku mampu ambil. Apapun,

biarlah kenangan ini ku yg simpan dan selamanya menjadi milikku.


Terkini , berita yg ku dapat amat sedih di mana kem KKB ini akan di hentikan.... sebab xpasti, yg pastinya 2012 adalah tahun terakhir kem ini di gunakan.


Selamat tinggal KKB

Terima kasih atas segala pengalaman , akan ku hargai pengalaman ini, akan ku ambil pedoman ,akan ku senantiasa peka dan mengambil berat pelajaran yg telah ku lalui. Alhamdulilah.

Ketika perpisahan kami, semuanya menangis baik kawan maupun musuh, kami tahu, kami xkan bertemu lagi, namun kami semua percaya , ini adalah pertemuan yg telah di rancang dan kita telah sama2 lalui pengalaman ini.

Kepada semua tidak kira bangsa, agama , pangkat dan lain2. Saya doakan anda semua selamat rakan2 jurulatih, dan semuanya yg pernah bersama saya di KEM KUALA KUBU BHARU , Selangor KUMP 1 SIRI 3 2006.


Saya akhiri blog KKB ini dgn bacaan Al-Fatihah dan sekiranya ada silap dan salah saya pohon jutaan maaf, kerana yg baik datang nya dr Allah dan buruk dr ku.


Majulah diri utnuk Agama , Bangsa dan Negara.

Amin, Ya-rabil alamin.




Sekian,
Assalamualaikum.
Muhmmad Yazid Bin Kusairi
010-5903650
yazidkusairi88@yahoo.com

Peserta & Ahli kump DELTA Kem KKB Kump 1 Siri 3 2006 .