Saturday, 29 December 2012

Holiday @ Cameron Highland

Asalamualaikum para Bloggers sekalian,

Agak lama jua x post dlm blog, hari ini, 30.12.2012, xlama lagi Tahun 2013 akan menjelma. apa AZAM anda semua? , Pastinya semua ada azam masing-masing, apa pun all the best. Ku doakan yg terbaeek untuk anda semua.

Untuk akhir tahun ini, ku dan isteri membuat planning last minit utk p Cameron Highland, Asalnya kami cadang nak pergi ke Terengganu, namun atas kes banjir kami terpaksa batal.

28.12.12, Kami bertolak dari Kulim mengikut jalan serdang, selama, bandar baharu, destinasi melalui highway ialah di Tol Simpang Pulai, Perak.

Setelah selamat melalui tol. ( Makan masa 2jam30 min ) ikut keadaan traffic, kami tiba di Petronas sebelum bergerak , kami isi minyak penuh. RM70++ Persona.


Pergerakan kami lancar alhamdulilah.



 Tapi, agak bimbang semua kebanyakan kereta laju, lebih2 lagi ada LOri yg Slow gileeee...
Sabar je laaaaaa


Setelah melalui jalan yg ( entah laaa, jalan kat bhgn atas ini buat ku terkenang jalan di kpg ku di sarawak )
Kami mengambil masa 2 jam untuk tiba di destinasi di Tanah Rata, cameron highland, itupun kena lalu Jem perjalanan terutama di bhgn Equatorial Hotel sbb ada pasar mlm @ ptg.


Ini lah hotel kami yg di usaha oleh auntie & uncle ( siap ada kedai runcit , bijak @ Ecomony wise )
Camelia Budget Inn, alhamdulilah, waktu book dulu, tinggal satu bilik je utk RM 90. Jadi la sebab, kami mai pun sbb nak jalan bukan nak duduk dlm hotel he.



 Setelah selesai kemas brg , kmi pergi ke Balai polis di bhgn Brinchang, 5km dr tanah rata, waktu tu holiday , maka biasa la kereta memei banyak.....

Berikut keadaan di pasar mlm di brinchang, ( hujan turun, tp sat je ) itupun dah cukup sejuk.... sampai lutut pun boleh gegar .....




 Mcm-mcm ada, lebih lagi sayaur yg fresh, semua on SALE kononnya , today last day ( gimik )
Jalan punya jalan ada makcik offer Strawberri & coklat, anehnya ku beli coklat tanpa strawberri, mungkin kurang minat kot he he he , apa pun sedap.




Setelah selesai pergi pasar mlm, kami bertolak balik ke Tanah rata dan to our suprise, kami jumpa rakan2 yg sangat xsangka. Photographer utk organisasi kami, rupanya dia holiday bersama member utk photoshoot. 

Mlm tok kami berjalan kaki pergi makan nasi dan jumpa pula peniaga borong jual minyak wangiaan, brand mahal tp nama pelik bin ajaib he he . Beli la untuk kenangan di samping kami beli magnet peti ais, ( umpama kami buat tradisi mana-mana tmpt kami pergi , kami beli magnet untuk kenangan dan petanda bahawa kami dah p ke tmpt tu )




 
 29.12.2012

Esoknya kami di pg awal bertolak ke pasar tani yg terletak di equatorial hotel, pg agak kurang orang. 
Sebelum beli brg, kami breakfast dulu, seriusnya.. kmi tpaksa minum air panas sbb sejuk gilerrrrr... Baju 3 lapis pun x peluh. kami breakfast nasi lemak... Sempoi....

Selesai makan, kita shop untuk brg rumah :) 


Sempat Posing he he he 
 Pelbagai aneka barangan untuk pilihan
 Pandangan di depan pasar


Pandangan di belakan pasar . Cantik & indah ciptaan Allah SWT 



Setelah selesai, kami bertolak ke Taman Agro Mardi , wife ku cakap, kat tmpt ni pelbagai bunga dan sayuran, ternyata mmg benar, banyak gambar saya ambil, dan melalui gambar anda mungkin tahu perasaan saya waktu itu, terpegun dan tersentuh. 





Gambar sendiri juga adalah wajib he he he 



Manakala isteriku pula minat pada orchid , jadi dia sibuk laaa cari orchid, di samping last perjalanan kami sempat jua bergambar di land mark nya, tengah kawasan tuuuuu sebelum balik ke Inn . 




Setelah selesai check out, kami bertolak balik, ttp sebelum balik , kami pergi ladang teh. 
Wajib bg siapa-siapa yg jejak kaki di Cameron Highland, ( sambil buat blog ni pun Minum Teh Boh he he he  ) 


Minum air di cafenya juga kami xlepas, sambil makan biskut , setelah siap semuanya kami bertolak balik. 

Alhamdulilah, segala Puji bg Allah krn perjalanan kami selamat, skrg , kami dh selamat tiba di Kulim . 

Insyallah jika ada peluang lagi kami bergerak ke Cameron lagi mungkin bertiga he he , insyallah jika ada rezeki dr Allah. 

Apapun, jika ada sesiapa yg ingin jejak ke Cameron , kalau boleh datang pada waktu  kerja, waktu holiday , memang jem dan agak payah untuk cari parking kereta. 
Dan bekal baju sejuk sbb mmg sejuk , nak ambil air wuduk pun bergetar tangan he he . 


Baiklah itu saje buat masa ini, insyallah jika ada masa saya akan post lagi, Selamat maju jaya dan Assalamualaikum buat semua.

No comments:

Post a Comment